It's Oh So Quiet
"It's Oh So Quiet" | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Single oleh Björk | ||||||||||||||||||
daripada album Post | ||||||||||||||||||
Bahasa | Bahasa Inggeris | |||||||||||||||||
Sisi B | "Sweet Sweet Intuition" (Remix eksklusif) "My Spine" "I Go Humble" "Charlene" "You've Been Flirting Again" (Mix Flirt Is A Promise) "Hyperballad" (Mix Over The Edge) "Hyperballad" (Versi kuartet Brodsky) "Hyperballad" (Mix Girls Blouse) "You've Been Flirting Again" (Versi Bahasa Iceland) | |||||||||||||||||
Dilancarkan | 13 November, 1995 | |||||||||||||||||
Format | CD, kaset | |||||||||||||||||
Genre | Muzikal Big Band Jazz | |||||||||||||||||
Panjang | 3:41 | |||||||||||||||||
Syarikat | One Little Indian | |||||||||||||||||
Penulis | Hans Lang Bert Reisfeld | |||||||||||||||||
Penggubah | Hans Lang | |||||||||||||||||
Penulis seni kata | Erich Meder | |||||||||||||||||
Penerbit | Björk Nellee Hooper | |||||||||||||||||
Kronologi single Björk | ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
sunting · sunting di Wikidata |
"It's Oh So Quiet" ialah single ketiga yang dikeluarkan daripada album Björk yang kedua, Post. Lagu ini merupakan lagu kulit daripada lagu asal yang bertajuk "Blow A Fuse", didendangkan oleh Betty Hutton serta ditulis oleh Hans Lang dan Bert Reisfeld. Single ini telah diterbitkan oleh Björk dan Nellee Hooper. Lagu "It's Oh So Quiet" telah menjadi lagu Björk yang paling hebat, dengan kejayaan lagu ini mencapai kedudukan nombor 4 dalam Carta Single UK. Semenjak lagu ini dilancarkan pada 13 November 1995, lagu ini telah mendapat penyiaran dalam jumlah yang ketara di setiap stesen radio di UK, lalu menyebabkan single ini dianggap sebagai lagu Krismas. Hal ini mungkin disebabkan oleh single ini dilancarkan dan memasuki carta pada musim Krismas 1995.
Senarai lagu dalam single
[sunting | sunting sumber]Cakera padat 1 UK dan Eropah
[sunting | sunting sumber]- "It's Oh So Quiet"
- "You've Been Flirting Again" (Mix Flirt Is A Promise)
- "Hyperballad" (Mix Over The Edge)
- "Sweet Sweet Intuition" (Remix eksklusif)
Cakera padat UK 1 dan Eropah, keluaran Australia serta Jepun (biasa dan promo)
[sunting | sunting sumber]- "It's Oh So Quiet"
- "Hyperballad" (Versi kuartet Brodsky)
- "Hyperballad" (Mix Girls Blouse)
- "My Spine"
Kaset UK
[sunting | sunting sumber]A1. "It's Oh So Quiet"
A2. "You've Been Flirting Again" (Mix Flirt Is A Promise)
B1. "It's Oh So Quiet"
B2. "You've Been Flirting Again" (Mix Flirt Is A Promise)
Video promo UK, Amerika Syarikat dan Eropah
[sunting | sunting sumber]- "It's Oh So Quiet"
Kaset Australia dan cakera padat Eropah
[sunting | sunting sumber]- "It's Oh So Quiet"
- "You've Been Flirting Again" (Mix Flirt Is A Promise)
Cakera padat promo Australia dan Eropah serta promo Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]- "It's Oh So Quiet"
Kaset dan cakera padat Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]- "It's Oh So Quiet"
- "You've Been Flirting Again" (Versi Bahasa Iceland)
Promosi Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]- "It's Oh So Quiet"
- "I Go Humble"
- "Charlene"
Nota: Keluaran single promosi cakera padat ini merupakan bagi radio kolej Amerika Syarikat[1].
Video muzik
[sunting | sunting sumber]Video muzik bagi lagu "It's Oh So Quiet" telah diarah oleh pengarah video muzik, Spike Jonze. Video muzik ini telah dirakam di bandar New York, Amerika Syarikat.
Video ini bermula dengan Björk berada di dalam tandas yang sangat kotor dan sedang mencuci muka di sinki. Beliau keluar dari tandas, lalu sampai ke dalam sebuah kedai auto. Di sana, beliau telah menari ala muzikal bersama beberapa orang yang turut berada di dalam kedai tersebut. Setelah itu, beliau keluar menuju ke lorong jalan di luar, di mana di sana beliau telah menari bersama orang yang lalu-lalang setiap kali tiba di bahagian korus lagu ini. Video ini berakhir dengan babak di mana Björk menaik ke langit setelah menari bersama penari-penari latar belakang yang lain.
Gerakan Björk dalam video muzik ini adalah selari seperti kelajuan rentak dalam lagu ini. Sebagai contohnya, beliau dapat kelihatan berjalan dengan lambat di bahagian rangkap, namun menari dengan rancaknya setibanya di bahagian korus.
Video muzik ini adalah berdasarkan filem 1964 Parapluies De Cherbourg oleh Jacques Demy[2].
Pada Oktober 2007, MuchMoreMusic telah meletakkan "It's Oh So Quiet" pada kedudukan nombor 8 pada senarai Top 40 Most Memorable Music Videos (40 Video Muzik Paling Diingati) dalam "Listed".
Video muzik ini telah ditampilkan dengan banyaknya dalam beberapa Top 20 VH1 di Amerika Latin.
Carta
[sunting | sunting sumber]
Senarai kakitangan lagu A-side serta B-side[sunting | sunting sumber]It's Oh So Quiet[sunting | sunting sumber]
Hyperballad (Mix Over The Edge )[sunting | sunting sumber]
Hyperballad (Versi kuartet Brodsky)[sunting | sunting sumber]
Hyperballad (Mix Girls Blouse )[sunting | sunting sumber]
You've Been Flirting Again (Versi Bahasa Iceland)[sunting | sunting sumber]
You've Been Flirting Again (Mix Flirt Is A Promise )[sunting | sunting sumber]
My Spine[sunting | sunting sumber]
Sweet Sweet Intuition (Remix eksklusif)[sunting | sunting sumber]
I Go Humble[sunting | sunting sumber]
Charlene[sunting | sunting sumber]
Artis-artis visual[sunting | sunting sumber]
Senarai rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
|